ARKIB : 30/04/2000
PERLIS mencatat kemenangan
pertama di gelanggang sendiri apabila menewaskan Sabah 2-1 pada perlawanan bola
sepak Perdana satu di Stadium Utama, kangar, semalam.
Pasukan tuan rumah yang
menguasai babak pertama memberikan aksi terbaik dengan beberapa peluang untuk
mendahului lawan menerusi penyerangnya, S. Paidiyarau.
Pada minit ke-11, Paidiya rau
mendapat hantaran cantik dari V. Yogeswaran di dalam kawasan penalti, tetapi
rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol Sabah, Mark Damun.
Penyerang Perlis itu memperoleh
peluang seterusnya pada minit ke-23 selepas menerima hantaran Rosmin Musa di
depan gawang lawan, namun rembatan yang dilakukannya jauh tersasar.
Sabah yang ketinggalan dua gol
memantapkan lagi jentera serangan pada babak kedua dalam usaha menyaingi tuan
rumah.
Sebaliknya, Paidiya Rau hampir
menghasilkan gol hatrik pada minit ke-70 tetapi dia yang hanya berdepan satu
lawan satu dengan penjaga gol lawan, Rosman Husin gagal memanfaat peluang
keemasan itu.
Sabah akhirnya berjaya
mendekatkan jurang apabila Rosdee Sulong menanduk masuk bola hantaran
Fareedshah Hassan pada minit ke-75 untuk menewaskan penjaga gol Perlis, Rosman
Husin. Tuan rumah, hampir memperoleh gol ketiga pada minit ke-78, namun
rembatan yang dilakukan oleh Ridzuan Abu Shah terkena palang gol.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4TNWGKxi9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan