Ahad, 4 Jun 2017

Adrien jadi penonton



ARKIB : 29/09/2005

KANGAR - Perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia kali ini berbeza buat hero Perlis musim lalu, Adrien Jurad Chamrong yang sekadar menjadi penonton ketika rakan-rakannya berjuang menentang Selangor, Sabtu ini.

Adrien yang menjadi wira Perlis apabila bola lontarannnya menewaskan penjaga gawang Kedah, Megat Amir Faisal untuk gol kemenangan Singa Utara pada perlawanan akhir musim lalu mengesahkan namanya tiada dalam senarai perlawanan akhir.

``Saya akan menjadi penonton biasa Sabtu ini. Apapun, saya tetap gembira kerana Perlis layak ke perlawanan akhir,'' katanya di sini, semalam.

Ketiadaan Adrien, yang kali terakhir beraksi dalam kesebelasan utama ketika Perlis tewas 1-2 kepada Terengganu 24 Ogos lalu, mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat Singa Utara.

Malah timbul spekulasi yang mengatakan bahawa pemain kelahiran Jitra itu diketepikan kerana masalah disiplin meskipun ia dinafikan oleh timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Abdul Jamil Saad.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4j5mEXNz3
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan