ARKIB : 05/03/2008
PEMAIN NS Naza, Shahurin Abu
Samah (atas) melompat selepas dibentes pertahanan Johor, Mohd. Tuah Iskandar
pada pertemuan Piala FA di Stadium Larkin, Johor Bahru, semalam. Kedudukan
terikat 1-1 namun NS Naza mara menerusi peraturan gol tempat lawan. Gambar
NOORADZRENE MOHD. NOOR.
KUALA LUMPUR Naib juara Piala
FA musim lalu, Perlis tersingkir daripada saingan apabila tewas 0-3 kepada
pendahulu Liga Perdana, KL Plus pada perlawanan kedua pusingan pertama di
Stadium KLFA Cheras, semalam.
Keputusan itu membolehkan KL
Plus mara ke pusingan kedua menerusi kemenangan agregat 5-2 selepas kedua-dua
pasukan seri 2-2 pada perlawanan pertama di Kangar pada 19 Februari lalu.
Ketiga-tiga gol KL Plus semalam
dijaringkan pemain import mereka iaitu Tercio Nunez Macado (m-33, 64) dan Dario
Trinidad (m-80).
Juara bertahan, Kedah pula
tewas mengejut 0-2 kepada PKNS di Stadium Darul Aman tetapi tetap mara menerusi
kemenangan agregat 5-4.
Gol-gol PKNS dijaringkan Tengku
Mohd. Adam (m-10) dan Mohizam Shah Dawood (m-38).
Sebelum ini pada perlawanan
pertama di tempat lawan, Kedah menang 5-2.
Perak juga mara apabila bangkit
daripada kekalahan 0-2 kepada Johor FC pada perlawanan pertama lalu dengan
menang 3-0 di Stadium Perak, Ipoh, semalam.
Gol kemenangan Perak yang mara
menerusi agregat 3-2 itu dijaringkan Khalid Jamlus (m-90).
Terdahulu Ahmad Shahrul Azhar
(m-44) dan Shahrunizam Mustapha (m-62) menyamakan kedudukan.
Di Stadium Tan Sri Hassan
Yunus, Johor Bahru, Negeri Sembilan Naza bernasib baik dapat mara ke pusingan
kedua menerusi peraturan gol di tempat lawan walaupun hanya seri 1-1 dengan
Johor.
Mohd. Zaquan Adha Razak
menjaringkan gol penting buat NS Naza pada minit ke-85 untuk menafikan gol
pendahuluan pasukan tuan rumah yang dijaringkan Othelo Ocampos (m-66).
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
pula muncul pasukan yang mencatat kemenangan terbesar apabila menang menerusi
agregat 11-1 ke atas Kor RAMD.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4ymyFNkMT
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan