Khamis, 6 April 2017

Perlis ke suku akhir Piala Malaysia

ARKIB : 05/09/2003

PERLIS mengesahkan tempat ke suku akhir bola sepak Piala Malaysia selepas menundukkan Telekom Melaka 2-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka semalam.

Kemenangan itu juga, membolehkan naib juara Piala FA itu memintas kedudukan Sarawak untuk menghuni tangga teratas Kumpulan B dengan mengumpul 11 mata selepas lima perlawanan.

Sarawak lebih awal menempah tempat ke suku akhir selepas mengumpul sembilan mata.

Lamin Conteh Jr. memulakan aksi jaringan Perlis apabila menyepak masuk tandukan lemah pemain pertahanan Melaka di depan pintu gol pada minit ke-12.

Tiga minit selepas itu Khairun Haled Masrom menjaringkan gol kedua Perlis akibat kesilapan penjaga gol tuan rumah, Yazid Yassin yang membuat sepakan lemah.

Khairun Haled mengutip bola dan membuat larian solo ke dalam kawasan gol sebelum menghukum Yazid.

Kekalahan Telekom, pasukan yang mencipta sejarah tahun lepas selaku kelab pertama mara ke suku akhir Piala Malaysia, menyaksikan mereka menduduki tempat tercorot Kumpulan B.

Juara Piala FA, Negeri Sembilan yang turut mengucapkan selamat tinggal kepada peringkat seterusnya berada di tangga ketiga dengan empat mata, dua di depan Telekom

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4dTqoAGtk
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan