ARKIB : 09/07/2005
Oleh: YUSRI SAHAT
KANGAR - Malam ini merupakan
detik bersejarah buat Perlis yang akan dimahkotakan selaku juara Piala Liga
Super buat pertama kalinya selepas perlawanan terakhir musim ini menentang
Tele-kom Melaka di Stadium Utama di sini.
Kalah atau menang bukan lagi
menjadi ukuran bagi skuad Singa Utara selepas disahkan selaku juara ketika
menewaskan Pulau Pinang 1-0 pada 2 Julai lalu.
Pastinya para penyokong Perlis
tidak melepaskan peluang menantikan detik itu apatah lagi pihak pengurusan
stadium bermurah hati menurunkan harga tiket kepada RM5 sebagai hadiah buat
peminat.
Namun, berbeza dengan pengurus
pasukan, Adzmi Saad yang mahukan anak buahnya meneruskan perjuangan tanpa
mencalarkan rekod bersih tanpa kalah sejak beberapa pertemuan lalu menjelang
menentang Telekom Melaka malam ini.
Menurut beliau, adalah tidak
manis jika Perlis meraikan kejuaraan di hadapan ribuan penyokongnya dengan
kekalahan.
``Kita mahu menutup tirai Liga
Super dengan lebih cemerlang dan setiap pemain perlu mencipta kemenangan,''
katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4iiQKNI8Z
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan