ARKIB : 17/02/2007
KUALA LUMPUR Skuad Singa
Utara yang terus unggul berada di persada teratas Liga Super, mampu menambah
sengatan mereka untuk mempertahankan semula kejuaraan Piala Malaysia yang
mereka menangi musim lalu.
Kempen Piala Malaysia
perlawanan kedua berlangsung malam ini menyaksikan Perlis berdepan pasukan
berstatus kelab, PBT Pasir Gudang di tempat sendiri, adalah peluang terbaik
untuk menang dan mengukuhkan kedudukan mereka menerajui Kumpulan A.
Segar dengan kemenangan 2-1 ke
atas Johor FC dalam saingan Liga Super Rabu lepas, reputasi Perlis tidak dapat
disangkal untuk menjinakkan wakil kelab dari Johor itu.
Atas kertas Perlis dijangka
mudah mengutip kemenangan kedua mereka dalam kempen Piala Malaysia selepas
membuka perlawanan pertama menewaskan Melaka 2-0.
Musuh utama Selangor yang
tersentak apabila tewas 2-0 kepada Kedah Rabu lalu dalam kempen Liga Super,
berpeluang menebus kekalahan itu berdepan Kuala Lumpur.
Jurulatih skuad Merah Kuning,
Dollah Salleh pastinya memikirkan untuk menurunkan barisan terbaik untuk
memburu kemenangan kedua ke atas jirannya Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam
malam ini.
Sentuhan Fadzli Saari menjadi
pertaruhan utama Dollah menyaksikan bekas pemain Pahang itu meledakkan dua
jaringan membantu Selangor menewaskan Pasir Gudang 2-0 pada perlawanan pertama
Kumpulan A.
Perlawanan yang turut menjadi
tumpuan apabila Telekom Melaka berdepan Johor FC di Stadium Jcorp.
Saingan dalam Kumpulan B
dianggap lebih terbuka dan tumpuan pasti kepada Terengganu yang akan melayani
kunjungan Pulau Pinang di tempat sendiri.
Terengganu yang kini menduduki
tangga kedua dalam Liga Super berpeluang menjinakkan Pulau Pinang dengan
prestasi semasa lawan kini terumbang-ambing.
Negeri Sembilan Naza yang
tersentak kekalahan teruk 5-1 kepada Brunei Rabu lepas, perlu menewaskan Melaka
jika ingin mengembalikan semula kekuatan mereka.
Kekuatan Melaka tidaklah
sehebat yang dijangkakan jika melihat aksi mereka dalam saingan liga namun mereka
juga mampu melakar kejutan sebagaimana Brunei.
Sementara itu, saingan lebih
getir turut melanda Kumpulan C sambil melihat Kedah dan Sabah dalam perlawanan
pertama mengutip tiga mata berharga untuk berada di tangga teratas kumpulan
tersebut.
Kedah dengan prestasi mantap
mudah menjinakkan Selangor 2-0 dua hari lepas, berdepan ujian getir berdepan
Pahang di Stadium Darul Aman.
Pahang pastinya turun tanpa
penyerang utama Indra Putra Mahayuddin.
Begitu juga dengan Perak
dikejutkan dengan kekalahan tipis 0-1 kepada Sabah, perlu bangkit menebus
kehampaan tersebut dan mesti menewaskan PDRM pendahulu Liga Perdana jika inign
terus bersaing mencabar kedudukan Kedah dan Sabah.
Sabah dengan prestasi tidak
menentu dalam Liga Perdana berdepan tugas mudah bertemu pasukan tercorot Liga
Super, Sarawak.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4sraP8ca8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan