Rabu, 31 Mei 2017

Simukonda buat Perlis kukuh



ARKIB : 19/06/2005

KUALA LUMPUR - Zachariah Simukonda muncul wira apabila jaringannya membantu Perlis mencatat kemenangan tipis 1-0 menewaskan Sabah di Stadium Likas di Kota Kinabalu, semalam.

Kemenangan yang diburu skuad Singa Utara mengukuhkan kedudukan Perlis untuk terus unggul di persada teratas Liga Super memungut 35 mata.

Gol yang dicari Perlis hadir pada minit ke-70 hasil rembatan kencang Simukonda yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Sabah.

Di Stadium Darulmakmur, Pahang masih kekal di tangga kedua Liga apabila menewaskan Pulau Pinang 2-1.

Gol-gol Pahang dijaringkan oleh Fadzli Saari pada minit ke-15 dan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-26.

Manakala gol saguhati Pulau Pinang dijaringkan oleh Mohd. Faizal Esahar pada minit ke-13.

Terdahulu perlawanan tertangguh selama 40 minit akibat hujan pada minit ke-67.

Di Stadium Perak pula, Perak meneruskan kecemerlangan apabila mudah menewaskan Telekom 3-1 bagi mencerahkan harapan mengelak daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Perak memperoleh gol pertama haril jaringan pemain Telekom, Hendry Awagboi Sunday pada minit ke-45.

Gol kedua Perak pula dihasilkan pada minit ke-77 menerusi tandukan pemain importnya, Troare Abdolaye dan R. Surendran menjaringkan gol ketiga Perak manakala gol tunggal Telekom dijaringkan oleh Khairul Za Azmi pada minit ke-86.

Di Stadium Petaling Jaya, MPPJ tidak menghadapi masalah untuk membawa pulang tiga mata penuh selepas menewaskan Public Bank 2-1.

Gol pertama MPPJ dijaringkan oleh Ben Katanha pada minit ke-23 tetapi Public Bank berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Amir Shahreen Mubin pada minit ke-38.

Begitupun, di masa kecederaan perlawanan hendak ditamatkan bekas pemain veteran Selangor, Shahril Arsat meledakkan jaringan kemenangan buat MPPJ.

PERAK 3 TELEKOM 1

MPPJ 2 PUBLIC BANK 1

SABAH 0 PERLIS 1

PAHANG 2 P. PINANG 1

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4ieuZBX26
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan