ARKIB : 19/06/2005
KUALA LUMPUR - Zachariah
Simukonda muncul wira apabila jaringannya membantu Perlis mencatat kemenangan
tipis 1-0 menewaskan Sabah di Stadium Likas di Kota Kinabalu, semalam.
Kemenangan yang diburu skuad
Singa Utara mengukuhkan kedudukan Perlis untuk terus unggul di persada teratas
Liga Super memungut 35 mata.
Gol yang dicari Perlis hadir
pada minit ke-70 hasil rembatan kencang Simukonda yang gagal diselamatkan oleh
penjaga gol Sabah.
Di Stadium Darulmakmur, Pahang
masih kekal di tangga kedua Liga apabila menewaskan Pulau Pinang 2-1.
Gol-gol Pahang dijaringkan oleh
Fadzli Saari pada minit ke-15 dan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-26.
Manakala gol saguhati Pulau
Pinang dijaringkan oleh Mohd. Faizal Esahar pada minit ke-13.
Terdahulu perlawanan tertangguh
selama 40 minit akibat hujan pada minit ke-67.
Di Stadium Perak pula, Perak
meneruskan kecemerlangan apabila mudah menewaskan Telekom 3-1 bagi mencerahkan
harapan mengelak daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan.
Perak memperoleh gol pertama
haril jaringan pemain Telekom, Hendry Awagboi Sunday pada minit ke-45.
Gol kedua Perak pula dihasilkan
pada minit ke-77 menerusi tandukan pemain importnya, Troare Abdolaye dan R.
Surendran menjaringkan gol ketiga Perak manakala gol tunggal Telekom
dijaringkan oleh Khairul Za Azmi pada minit ke-86.
Di Stadium Petaling Jaya, MPPJ
tidak menghadapi masalah untuk membawa pulang tiga mata penuh selepas
menewaskan Public Bank 2-1.
Gol pertama MPPJ dijaringkan
oleh Ben Katanha pada minit ke-23 tetapi Public Bank berjaya menyamakan
kedudukan 1-1 hasil jaringan Amir Shahreen Mubin pada minit ke-38.
Begitupun, di masa kecederaan
perlawanan hendak ditamatkan bekas pemain veteran Selangor, Shahril Arsat
meledakkan jaringan kemenangan buat MPPJ.
PERAK 3 TELEKOM 1
MPPJ 2 PUBLIC BANK 1
SABAH 0 PERLIS 1
PAHANG 2 P. PINANG 1
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4ieuZBX26
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan