ARKIB : 24/12/2007
TASEK GELUGOR Pemain
pertahanan skuad bola sepak Perlis, Abdul Aziz Ismail menamatkan zaman
bujangnya apabila melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya, Aszarina
Alwi dalam satu majlis di Permatang Berangan, semalam.
Abdul Aziz, 27, yang juga bekas
pemain skuad Pulau Pinang mengadakan majlis pernikahannya di rumah pengantin
perempuan dekat Temiang Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.
Abdul Aziz yang kelihatan ceria
sepanjang majlis itu memberitahu, dia belum sempat untuk bercuti berbulan madu
kerana turun membantu pasukannya menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di
Stadium Selayang (semalam).
Katanya, dia amat bersyukur
kerana bertemu dengan wanita idaman.
Pahit maung rumah tangga akan
kami harungi bersama, katanya.
Dalam pada itu, Aszarina, 24,
memberitahu, dia mengenali Abdul Aziz sejak lima tahun lalu dan mula mengenali
hati budi masing-masing kira-kira dua tahun lepas.
Saya mula mengenalinya ketika
Pulau Pinang beraksi di Seremban, katanya yang merupakan penari Intan dan Studio
(IDS) di Kuala Lumpur.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4w3l3IJLj
© Utusan Melayu (M) Bhd