ARKIB : 20/03/2005
KUALA LUMPUR - Beraksi dengan
sepuluh pemain tidak menghalang Perlis memperkukuhkan kedudukan sebagai
pendahulu apabila mencapai kemenangan mudah 2-0 ke atas MPPJ dalam perlawanan
bola sepak Liga Super di Stadium Utama, Kangar, semalam.
Sekalipun pemain gantian Mohd.
Sahabuddin Kadir dilayangkan kad merah pada minit ke-71 tetapi tidak menghalang
skuad Singa Utara meledakkan dua jaringan menerusi Owen Nwendabai pada minit
ke-20 dan Zainuddin Ariffin pada minit ke-81.
Kemenangan itu sekali gus
memperkukuhkan kedudukan Perlis di tangga teratas dengan memunggut 20 mata
daripada enam kemenangan.
Di Stadium Bandaraya pula,
Pulau Pinang yang cuba memberi saingan kepada Perlis bagaimanapun tersentak
apabila dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Telekom.
Sekali pun Telekom beraksi
dengan sepuluh pemain setelah pada minit ke-31, pemain pertahanan, Mohd Munir
Amran dilayangkan kad merah oleh pengadil pelawanan, Katheresen Murugan kerana
mengasari pemain Pulau Pinang, Ng Kok Heng.
Gol kemenangan Telekom
dijaringkan oleh Quassy Edward pada minit ke-76 menewaskan penjaga gol Azuan
Othman.
Di Stadium Darul Makmur pula
Pahang turut hampa untuk mengutip tiga mata penuh selepas hanya mampu seri 3-3
dengan Sabah.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1
mengakhiri babak pertama dengan Sabah membuka tirai jaringan awal menerusi
Ahmed Elsayed Alfatih (m-8) tetapi Indra Putra Mahayuddin menyamakan kedudukan
pada minit ke-42.
Bagaimanapun Pahang menambah
dua gol lagi menerusi Rsodi Talib (m-50) dan Benard Tchoutang (m-75) sebelum
Sabah menyamakan kedudukan menerusi Julio Cesar (m-73 dan m-77).
Keputusan seri itu membolehkan
Pahang memintas Pulau Pinang untuk berada di tempat kedua liga ketika anak
didik Norizan Bakar dikejutkan dengan kekalahan mengejut 0-1 kepada Telekom
dalam perlawanan lain.
Sementara itu Public Bank
meneruskan kecemerlangan apabila tidak menghadapi masalah untuk menjinakkan
juara Piala FA musim lalu Perak dengan kemenangan 2-1 di Stadium Shah Alam.
Kemenangan itu memastikan
Public Bank merapatkan diri untuk memburu Perlis selaku pendahulu Liga Super.
Public Bank membuka tiran
jaringan pada minit ke-56 menerusi penyerangnya Mohd. Fareed Shah sebelum Perak
menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Mohd. Nor Ismail pada minit ke-61.
Gol kemenangan Public Bank
dijaringkan oleh penyerang importnya Luis Estindola pada minit ke-90.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4iKIg5QEc
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan