ARKIB : 13/03/2005
PEMAIN Pahang, Indra Putra
Mahayuddin (kiri) mengejar bola yang cuba dicuri oleh pemain MPPJ dalam
perlawanan Liga Super di Stadium Petaling Jaya, malam tadi. Pahang menang 2-1.
KUALA LUMPUR - Zacharia
Simukonda muncul hero apabila dua jaringannya membantu Perlis menewaskan Perak
2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Kemenangan tersebut sudah cukup
memperkukuhkan kedudukan Perlis selaku pendahlu Liga Super dengan memungut 17
mata, tiga mata di depan saingan terdekat Pahang dan Pulau Pinang yang turut
menang.
Perak mengejutkan skuad Singa
Utara dengan gol seawal minit kelapan menerusi Harizul Izwan Abdul Rani.
Bagaimanapun, Simukonda
bertindak cemerlang menyamakan kedudukan seminit sebelum rehat sebelum
bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-59.
Di Stadium Petaling Jaya pula,
Pahang turut memperkukuhkan kedudukan di tangga ketiga liga selepas menewaskan
MPPJ 2-1.
Penyerang import Pahang,
Bernard Tchoutang muncul hero apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit
keenam dan ke-49 manakala gol sagu hati MPPJ dijaringkan oleh Ben Katanha pada
minit ke-37.
Di Stadium Likas, Kota Kinabalu,
Pulau Pinang mengukuhkan kedudukan di tangga kedua apabila membelasah Sabah
4-0.
Sabah nyata bukan tandingan
buat Pulau Pinang yang menguasai sepenuhnya pentas saingan.
Gol-gol Pulau Pinang
dijaringkan oleh Ito Dan (minit 21, 69), Mohd. Faizal Esahar (45) dan Kofe
Marcio Bareto (48).
Sementara itu bekas penyerang
kebangsaan, Nizaruddin Yusof muncul hero apabila menjaringkan gol pada minit
ke88 untuk membantu Public Bank menewaskan Telekom Melaka 2-1 di Stadium Hang
Jebat, Melaka.
Public Bank membuka tirai
jaringan pada minit ke-30 sebelum Njoh Njoh menyamakan kedudukan 1-1 pada minit
ke-48.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4iHwKTEgk
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan