ARKIB : 29/09/2005
KANGAR - Penyerang `berkembar'
skuad Singa Utara, Phillemon Chepita dan Zachariah Simikonda masing-masing
sudah mencongak jumlah gol yang bakal dijaringkan tatkala berdepan dengan
Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil,
Sabtu ini.
Jika Chepita mengidamkan dua
jaringan gol tetapi tidak memadai untuk mengatasi Selangor, dia tidak akan
panik sebaliknya yakin kembarnya, Simikonda akan terus meledak gawang Selangor
bagi memastikan trofi Piala Malaysia kekal di Perlis.
``Inilah janji saya...
Sekurang-kurangnya dua gol. Jika saya berjaya mencipta jaringan tersebut, saya
yakin Simikonda juga akan mencipta jumlah jaringan yang sama kerana apa yang
saya perhatikan jika saya beraksi dengan baik, Simikonda juga begitu,'' katanya
selepas sesi latihan pasukan Perlis di Stadium Utama di sini, semalam.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4j5hKSu2E
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan