Ahad, 4 Jun 2017

Kembar Perlis tidak sabar



ARKIB : 29/09/2005

KANGAR - Penyerang `berkembar' skuad Singa Utara, Phillemon Chepita dan Zachariah Simikonda masing-masing sudah mencongak jumlah gol yang bakal dijaringkan tatkala berdepan dengan Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Jika Chepita mengidamkan dua jaringan gol tetapi tidak memadai untuk mengatasi Selangor, dia tidak akan panik sebaliknya yakin kembarnya, Simikonda akan terus meledak gawang Selangor bagi memastikan trofi Piala Malaysia kekal di Perlis.

``Inilah janji saya... Sekurang-kurangnya dua gol. Jika saya berjaya mencipta jaringan tersebut, saya yakin Simikonda juga akan mencipta jumlah jaringan yang sama kerana apa yang saya perhatikan jika saya beraksi dengan baik, Simikonda juga begitu,'' katanya selepas sesi latihan pasukan Perlis di Stadium Utama di sini, semalam.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4j5hKSu2E
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan