ARKIB : 29/09/2005
PETALING JAYA - Usah mimpi jika
Philimon Chipeta dan Zachariah Simukonda bercita-cita menggegar jaring
Selangor!
Itulah janji empat tonggak
pertahanan Selangor, Nazrulerwan Makmor, Ahmad Tarmini Saiban, D. Surendran dan
P. Gunalan untuk menyekat dua permata hitam Perlis daripada meledakkan
jaringan.
Seperti mana nasib jentera
serangan Perak, Keita Mandjou dan Abdoulaye Traore diikat pergerakan mereka
pada perlawanan akhir Piala FA, Sabtu lepas, begitu juga nasib yang akan
dialami oleh dua `permata hitam' Perlis.
``Kami sudah cukup bersedia
untuk menyekat Chipeta dan Simukonda,'' ujar ringkas Nazrulerwan ketika ditemui
sejurus tamat latihan skuad Selangor di padang PKNS di Kelana Jaya di sini,
semalam.
Hakikat kehebatan dua penyerang
Perlis itu bukanlah penghalang bagi Nazrulerwan.
Walaupun sebelum ini benteng
pertahanan Selangor diragui kerana mudah dibolosi lawan sejak dari awal saingan
Liga Perdana namun pemain yang digelar `Badut' itu tangkas menafikannya.
Seorang lagi pertahanan Merah
Kuning, D. Surendran turut yakin untuk menyekat pergerakan kedua-dua pemain
tersebut.
Pertahanan lincah, P. Gunalan
juga turut berikrar tidak akan memberi ruang kepada rangkaian serangan Perlis
untuk membuat percubaan ke arah pintu gol Selangor.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4j5l2jLGV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan