ARKIB : 21/08/2005
PEMAIN Telekom, Milos Kolakovic
(kiri) cuba menghalang serangan Abd Aziz Ismail, pemain Pulau Pinang sambil
diperhatikan rakan Mohd Badrul Azam(kanan) pada perlawanan Piala Malaysia di
Stadium Hang Tuah Melaka semalam. Telekom tewas 1-3.
KUALA LUMPUR - Philimon Chepita
muncul hero menjaringkan dua gol untuk membantu Perlis menewaskan Sabah 2-0
dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia Kumpulan A di Stadium Utama, Kangar,
semalam.
Kemenangan yang sudah
dijangkakan itu memastikan Perlis memungut sembilan mata daripada tiga
perlawanan tidak termasuk pertemuan dengan Terengganu yang ditangguhkan akibat
jerebu pada 14 Ogos lalu.
Gol pertama Perlis ditanduk
masuk oleh Philimon Chepita pada minit ke-59 selepas menerima lontaran jauh
daripada Adrien Jurad Chamrong.
Skuad Singa Utara menambah gol
kedua pada minit ke-88 menerusi tandukan Chepita selepas mendapat hantaran
daripada Yusri Che Lah.
Di Stadium Petaling Jaya, PKNS
sekali lagi beraksi cemerlang untuk ke suku akhir selepas membuat kejutan
menewaskan Terengganu 3-1.
PKNS kini merampas kedudukan
tangga kedua daripada Terengganu dan memungut tujuh mata.
Dalam perlawanan Kumpulan B
Stadium Hang Tuah, Pulau Pinang berjaya menebus kekalahan pertama apabila
bertindak cemerlang menewaskan Telekom 3-1.
Pulau Pinang membuka jaringan
pertama menerusi Viatcheslav Melnikov (m-68) dan melalui Rosli Azizan (m-80).
Telekom merapatkan jurang
menerusi jaringan Khairul Zalazmi pada minit ke-89 dan pelawat menambah gol
ketiga menerusi Dudu Mecpherlin pada minit ke-90.
Dalam perlawanan Kumpulan C,
Pahang menebus kehampaan tewas mengejut kepada MPPJ apabila bertindak cemerlang
menewaskan Johor FC 4-0 di Stadium Jcorp, Pasir Gudang.
Di Stadium Darul Aman, Kedah
terpaksa akur dengan kehebatan lawan apabila sekadar seri 2-2 ketika bertemu
MPPJ.
Keputusan seri itu tidak
mengubah kedudukan Kedah kekal di tangga teratas kumpulan.
Dalam perlawanan Kumpulan D,
Perak merampas kedudukan tangga teratas apabila menewaskan Public Bank 4-2 di
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.
Kemenangan itu memastikan Perak
memungut sembilan mata untuk memintas Selangor yang seri 1-1 dengan MK Land.
Di Stadium Shah Alam, Selangor
gagal mencuri tiga mata penuh apabila hanya mampu seri 1-1 ketika bertemu MK
Land.
Selangor kini menduduki tangga
kedua diikuti oleh MK Land dan Public Bank.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4irwM91BG
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan