ARKIB : 21/06/2009
KUALA LUMPUR - Perlis kembali
merampas takhta Liga Super daripada Selangor hasil kejayaan menewaskan Pulau
Pinang 3-0 di Stadium Utama, Kangar, semalam.
Kejayaan skuad Singa Utara itu
turut dibantu kegagalan Selangor memungut tiga mata penuh selepas hanya mampu
seri 1-1 dengan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Bagaimanapun, Selangor berpeluang
merampas semula kedudukan di puncak liga bila-bila masa kerana masih bermain
kurang satu perlawanan berbanding Perlis.
Perlis yang memperoleh gol
menerusi Azi Shahril Azmi (m-11), Nizaruddin Yusof (m-55) dan Mohd. Shazwan
Zainun (m-71) kini mengumpul 45 mata daripada 20 perlawanan.
Sementara Selangor yang
diselamatkan oleh jaringan Mohd. Amri Yahyah (m-63) untuk bangkit menyamakan
kedudukan selepas ketinggalan oleh gol pendahuluan Shahurain Abu Samah (m-41)
kini mengumpul 44 mata daripada 19 perlawanan.
Bagi Negeri Sembilan pula,
keputusan itu tidak mengubah kedudukannya di tangga keempat liga di belakang
Kedah yang tidak beraksi semalam.
Sebaliknya, Kelantan pula yang
semakin menekan kedudukan Negeri Sembilan selepas mencatat kemenangan 1-0 ke
atas Kuala Muda Naza di Stadium Darul Aman.
Gol kemenangan Kelantan
dijaringkan Mohd. Khalid Jamlus untuk membolehkan mereka melonjak ke tangga kelima
dengan mengumpul 34 mata sama dengan Negeri Sembilan tetapi dipisahkan dengan
perbezaan jumlah gol sahaja.
Terengganu pula berpesta gol
ketika membelasah UPB-MyTeam 5-0 pada perlawanan di Stadium Petaling Jaya.
Namun, skuad Penyu terus kekal di
tangga kelapan mengatasi Perak di tangga kesembilan yang turut mencatat
kemenangan tipis 3-2 ke atas Polis di Stadium Perak.
Satu lagi perlawaan menyaksikan
KL Plus menewaskan Pahang 2-0 di Stadium KLFA, Cheras.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5XwrgG2LQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan