ARKIB : 21/12/1999
MOHD. ZALMIE (dua dari kiri)
berbual dengan warga tua ketika mengadakan lawatan pemain Persatuan Bola Sepak
Perlis ke Rumah Sri Kenangan di Kangar. Dia dikenakan penggantungan 15 bulan
oleh FAM selepas diuji positif dadah ketika beraksi dalam Liga Perdana baru-baru
ini.
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia
(FAM) semalam menjatuhkan hukuman penggantungan selama 15 bulan dan denda
RM2,000 ke atas pemain Perlis, Mohd. Zalmie Jamlus yang diuji positif
menggunakan dadah terlarang pada Piala Malaysia baru-baru ini.
Zalmie menjadi pemain pertama
dikenakan hukuman keras itu setelah FAM memperkenalkan ujian dadah ke atas
pemain pada musim Piala Malaysia tahun ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk
Paul Mony Samuel berkata, tindakan penggantungan dan denda itu diputuskan pada
mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Kelana Jaya, semalam.
Mesyuarat lembaga tatatertib
itu dipengerusikan oleh Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman.
Zalmie, pemain pertahanan
Perlis diuji positif menggunakan dadah terlarang ketika perlawanan menentang
Perak di Stadium Perak, Ipoh, 13 November lalu.
Pemain berusia 22 tahun itu
ditemani pegawai dari Persatuan Bola Sepak Perlis, Jalaluddin Kamaruddin
sewaktu memberi keterangan dalam mesyuarat itu.
''Selepas penguraian panjang
lebar, jawatankuasa disiplin mendapati bahawa pemain ini bersalah menggunakan
dadah terlarang dan mengikut peraturan dan undang-undang persatuan, Zalmie
digantung daripada beraksi selama 15 bulan daripada tarikh insiden dan didenda
RM2,000,'' katanya.
Mesyuarat jawatankuasa
tataterib itu semalam dihadiri empat lagi anggotanya - Datuk Dell Akhbar Khan,
Datuk Mohd. Dahalan Sulaiman, Datuk Ramli Samjis dan Clement Soosay.
Menurut Paul Mony, Dr. Gucharan
Singh, ahli jawatankuasa perubatan FAM juga hadir memberi penerangkan mengenai
prosedur yang dilakukan.
''Ujian dadah dijalankan dalam
tujuh perlawanan melibatkan 14 pasukan dan 28 pemain.
''Ujian dadah ini dibuat
mengikut peraturan dan undang-undang FIFA dan FAM dijangka meneruskan ujian
yang sama dalam Liga M musim depan,'' katanya.
Sementara itu, Jalaluddin
ketika dihubungi berkata, berdasarkan ujian air kencing yang dibuat, Zalmie
didapati menggunakan sebanyak 70 nanogram dadah jenis caraben sejenis ganja,
jauh melebihi had 15 nanogram yang dibenarkan.
Mengenai keputusan jawatankuasa
itu, Jalaluddin mengakui ia satu tindakan yang tepat dalam usaha menangani
penyalahgunaan dadah di kalangan pemain bola sepak negara.
''Ia satu keputusan yang adil
dan tepat bagi mengelakkan pemain bola sepak menjauhi dadah,'' katanya.
Jalaluddin berkata, Zalmie
menafikan dia mengambil dadah tetapi mendakwa ia mungkin diperoleh menerusi
rokok yang diterima daripada seorang rakannya.
Zalmie, pemain skuad Olimpik
telah menyertai Singa Utara itu sejak dua tahun lalu dan kontraknya tamat tahun
ini
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4SmyHrqxl
© Utusan Melayu (M) Bhd ARKIB :
20/12/1999
Tiada ulasan:
Catat Ulasan