ARKIB : 31/12/2008
KANGAR - Kelicinan pentadbiran
Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), khidmat jurulatih berpengalaman dan masa
depan pasukan yang kelihatan mantap menjadi faktor utama mengapa Singa Utara
menjadi pilihan bekas pemain pertahanan Perak, Chan Wing Hoong.
Pemain berusia 31 tahun yang
sebelum ini menyertai pasukan Brunei DPMM berkata, beliau sangat teruja untuk
memulakan latihan bersama pasukan barunya itu terutama dalam memburu Piala
Malaysia tahun depan.
''Saya sangat gembira kerana
dapat berkhidmat dengan pasukan Singa Utara di bawah jurulatih berpengalaman,
Irfan bakti Abu Salim yang merupakan antara jurulatih yang disenangi ramai.
''Melalui penelitian yang
dilakukan saya juga mendapati PFA merupakan salah sebuah persatuan yang
mempunyai pentadbiran yang bagus dan kurang menimbulkan masalah serta menjaga
kebajikan pemainnya," katanya di sini, semalam.
Wing Hoong berkata demikian
selepas majlis menandatangani kontrak perjanjian bersama PFA selama dua tahun.
''Saya berasa bertuah kerana
pengurus pasukan Perlis, Mohd. Nor Aziz terus menghubungi saya selepas
pembatalan pasukan Brunei DPMM oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
daripada menyertai Liga Malaysia 2009," jelasnya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1231&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz51FTf5APL
© Utusan Melayu (M) Bhd