Ahad, 4 Jun 2017

Janji sekat Chipeta, Simukonda



ARKIB : 29/09/2005

PETALING JAYA - Usah mimpi jika Philimon Chipeta dan Zachariah Simukonda bercita-cita menggegar jaring Selangor!

Itulah janji empat tonggak pertahanan Selangor, Nazrulerwan Makmor, Ahmad Tarmini Saiban, D. Surendran dan P. Gunalan untuk menyekat dua permata hitam Perlis daripada meledakkan jaringan.

Seperti mana nasib jentera serangan Perak, Keita Mandjou dan Abdoulaye Traore diikat pergerakan mereka pada perlawanan akhir Piala FA, Sabtu lepas, begitu juga nasib yang akan dialami oleh dua `permata hitam' Perlis.

``Kami sudah cukup bersedia untuk menyekat Chipeta dan Simukonda,'' ujar ringkas Nazrulerwan ketika ditemui sejurus tamat latihan skuad Selangor di padang PKNS di Kelana Jaya di sini, semalam.

Hakikat kehebatan dua penyerang Perlis itu bukanlah penghalang bagi Nazrulerwan.

Walaupun sebelum ini benteng pertahanan Selangor diragui kerana mudah dibolosi lawan sejak dari awal saingan Liga Perdana namun pemain yang digelar `Badut' itu tangkas menafikannya.

Seorang lagi pertahanan Merah Kuning, D. Surendran turut yakin untuk menyekat pergerakan kedua-dua pemain tersebut.

Pertahanan lincah, P. Gunalan juga turut berikrar tidak akan memberi ruang kepada rangkaian serangan Perlis untuk membuat percubaan ke arah pintu gol Selangor.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4j5l2jLGV
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan