ARKIB : 02/03/2003
PERLIS gagal mencari kemenangan
berterusan apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Sabah dalam perlawanan
Liga Perdana Satu di Stadium Utama, Kangar, semalam.
Bagaimanapun, pasukan Singa
Utara itu yang mengutip satu mata di gelanggang sendiri mendahului pasukan lain
untuk menerajui carta liga dengan mengumpul tujuh mata selepas tiga perlawanan.
Turut berkongsi tujuh mata
ialah Pulau Pinang yang seri 1-1 dengan Telekom Melaka di Stadium Hang Tuah
tetapi berdasarkan kiraan jaringan, skuad Harimau Kumbang berada di tempat
kedua.
Walaupun mendahului menerusi
gol Hasmawi Hassan pada minit ke-26, penyerang import Telekom Melaka, Issac
Kuffour menyempurnakan sepakan penalti minit ke-52 untuk menyamakan kedudukan.
Kedah pula turut mengutip satu
mata apabila terikat tanpa jaringan dengan Selangor di Stadium Darulaman.
Di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Azizol Kamaluddin memastikan Pahang mengatasi Terengganu 1-0.
Azizol Kamaluddin yang mendapat
hantaran Subri Sulong merembat gol minit ke-36 untuk membawa pulang tiga mata
penuh.
Di Stadium Sultan Mohamed IV,
Kota Bharu, Kelantan mengikat juara Perdana Satu musim lalu, Perak 1-1.
Penyerang sensasi Perak, Khalid
Jamlus membuka tirai jaringan menerusi gol minit ke-45 sebelum Badrisan Abdul
Kadir menyamakan kedudukan pada minit ke-70.
Di Stadium Sarawak, tuan rumah
skuad Bujang senang mencipta kemenangan pertama dalam Liga Perdana Satu
menerusi kemenangan 2-1 ke atas Johor FC.
Gol Sarawak dihasilkan Wong Sai
Kong pada minit ke-2 dan Robert Eshun pada minit ke-64 manakala Johor FC merapatkan
jurang menerusi gol Johnathan Ben Angelucci pada minit ke-52.
Sementara itu, dalam perlawanan
Liga Perdana Dua, Selangor Public Bank mencatat kemenangan 6-2 ke atas Perak
TKN di Stadium Selayang.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4cdOBMe00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan