Ahad, 3 Februari 2019

Perlis longlai di Cheras

MOHAMAD FIRDAUS ABDULLAH
03 Februari 2019 11:14 PM
Perlis
 Perlis
Penyerang Perlis, Safee Sali cuba melepasi pemain UKM FC, Faiz Hanif pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Kuala Lumpur, disini, hari ini.

KUALA LUMPUR - Pasukan Perlis yang di himpit kemelut tunggakan gaji pemain terus di landa dengan kesedihan selepas tewas 1-2 kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Terdahulu, kem pasukan Perlis ditiup dengan pelbagai provokasi serta beberapa pemainnya sendiri ingin meninggalkan pasukan sekiranya mereka gagal menerima bayaran gaji selepas aksi pertama.


Bagaimanapun, skuad Singa Utara dilihat tetap mempamerkan aksi bertenaga apabila hampir menemui gol awal, namun sepakan percuma Mohd Nazrin Syamsul Bahri sedikit melewati palang pada minit kedua perlawanan.

Asakan demi asakan yang dilancarkan  skuad Perlis namun berpunca daripada kesilapan barisan pertahanannya, penyerang UKM FC, Faiz Hanif Adnan berjaya menemui gol pembukaan menerusi serangan balas pantas minit ke-21.

Bersambung babak kedua, UKM FC yang jarang dihidangkan peluang tetap mampu menggunakan kelebihannya untuk melengkapkan gol kedua mereka hasil sentuhan Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman minit ke-55 perlawanan.

Tersentak gol tersebut, wakil utara tanah air tersebut tidak menunggu lama mengatur gerakan untuk kembali bangkit merapatkan kedudukan selepas Valvci Teixeira Junior berjaya memanfaatkan hantaran lintang Mohd Nazrin Syamsul Bahri berselang enam minit kemudian.

Bagaimanapun idea skuad kendalian Manzoor Azwira Abd. Wahid terutamanya yang diketuai Safee Sali di bahagian serangan tetap tidak menjadi pada minit-minit akhir perlawanan sekali gus Perlis terpaksa menerima keputusan tersebut yang kekal hingga tamat perlawanan. - K! ONLINE ONLINE Isnin, 4 Februari 201