ARKIB : 04/05/2005
PEMAIN Perlis, Zainuddin
Ariffin (tengah) cuba melepasi kepungan dua pemain Pulau Pinang Ng Kok Heng
(kiri) dan Zailani Jaafar pada saingan bola sepak Liga Super di Stadium Utama
Kangar, semalam. - Gambar Nidzuwan Zainal Abidin.
Kemenangan dengan tiga mata
memperkukuhkan lagi kedudukan skuad Singa Utara mengungguli tangga teratas
liga.
Penyerang lincah Perlis,
Zachariah Simukonda sekali lagi menjadi pemusnah apabila dia bertindak
cemerlang mencipta jaringan pertama disaksikan di hadapan kira-kira 15,000
penyokong tuan rumah.
Hasil daripada hantaran cantik
Mohd. Lamin Conteh, Simukonda tidak mensia-siakan peluang tersebut untuk
melepaskan rembatan kencang menggegar jaring menewaskan penjaga gol Pulau
Pinang, Azuan Othman.
Tersentak dengan gol awal itu
Pulau Pinang yang diterajui penyerangnya Viatcheslav Melnikov cuba memburu gol
penyamaan namun mendapati benteng Singa Utara terlalu ampuh.
Perlis menambah sengsara
pelawat apabila Manzoor Azwira Abdul Hamid melepaskan rembatan kencang dari
jarak 25 meter untuk gol kedua.
Di minit-minit terakhir Pulau
Pinang cuba merapatkan jurang tetapi segalanya tidak menjadi untuk membolehkan
Perlis pulang dengan tiga mata berharga.
Di Stadium Darul Makmur,
Kuantan, Pahang sekali lagi berputeh mata apabila pasukan dari pantai timur itu
tumpas kepada Public Bank 2-1.
Corak permainan pantas yang
dipamerkan oleh pasukan pelawat membolehkan anak didik E. Elavarasan menguasai
permainan dan sekali gus mengekang kemaraan barisan serangan Tok Gajah.
Pahang dikejutkan gol awal
pelawat menerusi hasil sepakan silang, Ivan Zigar yang ditanduk masuk oleh
rakan sepasukannya, Gustavo Andres Fuentes pada minit ke-35.
Namun, Pahang bernafas semula
apabila mendapat sepakan penalti pada minit ke-41 yang disempurnakan oleh
pemain import dari Cameroon, Bernard Samuel Tchoutang setelah dia dijatuhkan di
dalam kotak penalti.
Dalam aksi separuh masa kedua,
Public Bank sekali lagi mendahului pasukan tuan rumah apabila tandukan Mohd.
Nizaruddin Yusof pada minit ke-63 berjaya menumpaskan penjaga gol Pahang, Mohd.
Iqbal Suhaimi untuk gol kedua.
Setelah tumpas 5-1 ditangan
Perlis pada Sabtu lalu, Pahang ternyata masih belum pulih daripada kekecewaan
apabila percubaan demi percubaan berjaya dipatahkan oleh pasukan pelawat.
Di Stadium Likas, Kota
Kinabalu, kebangkitan Sabah dalam dua perlawanan sebelum ini gagal diteruskan
apabila sekadar pulang dengan keputusan seri 1-1 bertemu Telekom.
Kemenangan Sabah menewaskan
Public Bank 3-1 minggu lalu tidak mampu diulangi walaupun membuka tirai
jaringan awal mengejutkan pelawat.
Julio Cesar tidak mensia-siakan
peluang apabila melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Telekom,
Zainal Rabin pada minit ke-42.
Ketika Sabah seakan selesa
dengan jaringan 1-0 tetapi kedudukan itu tidak dapat bertahan lama.
Pada minit ke-55, Telekom
berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Mohd. Munir Amran.
Di Stadium Petaling Jaya, bekas
juara Piala Malaysia 2003, MPPJ menggunakan kelebihan bermain di gelanggang
sendiri apabila mudah menewaskan Perak 3-1.
Kemenangan milik MPPJ menambah
sengsara Perak yang terus terhumban di tangga terbawah liga.
Ben Katanha meledakkan dua
jaringan buat MPPJ pada minit ke-35 dan 56 manakala Asmawi Bakiri menyumbang
satu gol lagi pada minit ke-45.
Bagaimanapun Perak berjaya
merapatkan jurang dengan gol tunggal disumbangkan oleh penyerangnya Frank
Seator pada minit ke-75.
SUMBRArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4iSk0FjCZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan