Selasa, 28 Mac 2017

Perlis tunjukkan kegarangan

ARKIB : 23/02/2003
SINGA Utara semakin garang apabila mencatat kemenangan berterusan dengan Pahang pula menjadi mangsanya menerusi kemenangan 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.

Pemain import Perlis terus menjadi sandaran pasukan itu untuk memastikan kutipan tiga mata penuh.

Kelvin Musungu memperoleh gol minit ke-30 manakala penyerang sensasinya Phillimon Chipeta menambah derita pasukan pelawat menerusi jaringan minit ke-44.

Juara Piala Malaysia musim lalu, Selangor pula bangkit menebus maruah dengan membelasah Melaka 5-0 dalam perlawanan Liga Perdana Satu di Stadium Shah Alam semalam.

Melaka yang sebelum ini menewaskan Pulau Pinang 1-0 gagal menyekat pesta gol Selangor yang memperoleh jaringan menerusi Nizaruddin Yusof (minit 13 dan 85), D. Surendran (minit 38), Shahrin Majid (minit 62) dan Rusdi Suparman (minit 78).

Sementara juara Sumbangsih Pulau Pinang pula memastikan kemenangan 2-1 ke atas Kedah di Stadium Negeri, Batu Kawan.

R. Suresh Kumar menghasilkan jaringan minit ke-56 sebelum Jailani Jaafar menambah gol minit ke-67 manakala gol tunggal Kedah diperolehi menerusi bekas pemain skuad Harimau Kumbang, Ooi Hoe Guan pada minit ke-87.

Bagaimanapun di Stadium Hang Tuah, Telekom Melaka menang 1-0 ke atas sebuah lagi pasukan bertaraf kelab iaitu Johor FC menerusi jaringan pemain import Isaac Kuffour pada minit ke-10.

Di Stadium Likas, pemain import Josiah Seton dan Zaykiel Leong masing-masing menghasilkan gol minit ke-37 dan 79 untuk memastikan naib juara Piala Malaysia musim lalu Sabah menang 2-1 ke atas Kelantan.

Kelantan ternyata gagal menyaingi Sabah apabila hanya mampu merapatkan jurang menerusi jaringan tunggal Badrul Afzan Razali pada minit ke-69.

Di Stadium Perak, juara Liga Perdana Satu musim lalu, skuad Seladang menewaskan Sarawak 4-2.

Penyerang V. Saravanan melakukan hatrik menerusi jaringan minit 24 dan 32 sebelum menyempurnakan sepakan penalti minit ke-59 manakala dua gol Sarawak daripada Robert Eshun pada minit ke-3 dan Gilbert Cassidy Gawing pada minit ke-66



sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4ccr8dnkL

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan