ARKIB : 16/05/2007
KOTA KINABALU Phillemon
Chepita menyelamatkan naib juara tahun lalu, Perlis daripada diaibkan Sabah
apabila menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat lawan 2-2 pada perlawanan
pertama suku akhir Piala FA, semalam.
Penyerang import dari Zambia
itu menanduk masuk daripada sepakan sudut pada masa kecederaan perlawanan di
Stadium Likas, Kota Kinabalu itu untuk mengembalikan peluang Singa Utara
menjelang perlawanan ulangan di Kangar, 29 Mei ini.
Sebaliknya, Sabah mensia-siakan
kelebihan dua gol pada minit ke-20 dan 43 masing-masing menerusi Prince Guy
Atire dan Azrul Ejati Damsah sebelum dirapatkan oleh pemain Perlis, Nazaruddin
Zain ketika baki tiga minit terakhir.
Gol pertama skuad Badak
dihasilkan daripada sepakan deras Prince Guy Atire dari luar kotak penalti
manakala Azrul Ejati Damsah menyudahkan umpanan Chow Chee Weng untuk gol kedua
akibat kesilapan pemain pelawat, Rithaudeen Emran yang cuba menanduk keluar.
Nazaruddin bagaimanapun yang
mendapat umpanan Ridzuan Othman, memulakan detik menghampakan tuan rumah dengan
gol mengejut Perlis pada minit ke-87.
Sementara itu, dalam perlawanan
di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, Johor-Pasir Gudang meraih
modal agak selesa sebelum berkunjung ke Alor Star, 29 Mei ini apabila
menumpaskan Kuala Muda 2-0.
Hairy Azly Mahamad membuka
tirai gol menerusi sepakan percuma pada minit keempat sebelum tuan rumah
mengukuhkan kedudukan ke atas kelab dari Kedah itu dengan jaringan minit
terakhir oleh Mohd. Khairul Ismail.
Dalam satu perlawanan Liga
Perdana, UPB-MyTeam merampas semula teraju liga daripada Polis selepas
menundukkan Angkatan Tentera 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4u4Yzgpg5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan