ARKIB : 05/08/2002
JURULATIH Perlis, Tajuddin Nor
terkilan dengan kekalahan dua kali berturut-turut pasukannya dalam persaingan
Piala Malaysia yang mengakibatkan Perlis kini berada dalam keadaan tertekan
untuk mara ke pusingan seterusnya.
Beliau berkata, Perlis tidak
sepatutnya berputih mata di gelanggang sendiri dengan kekalahan 2-3 ke atas
Kelantan di Stadium Utama Kangar kelmarin.
Menurutnya, pada perlawanan
penting itu didapati Kelantan mendapat tiga gol mudah manakala pasukan tuan
rumah pula terpaksa bertungkus lumus mencari gol walaupun menguasai perlawanan.
``Secara keseluruhannya anak
buahnya menunjukkan persembahan membanggakan, bagaimanapun mereka banyak
melakukan kesilapan yang memberi peluang kepada Kelantan mencuri mata penuh,''
katanya.
Pada perlawanan itu, penyerang
Perlis Hairil Zamri Rashid menjaringkan dua gol pada minit 34 dan 60 manakala
gol pelawat pula oleh Zami Mohd. Noor pada minit 45 dan 74 dan Fatrurazi Rozi
pada minit 79.
Sebelum ini Perlis tewas pada
perlawanan pertama Piala Malaysia kumpulan C kepada Selangor 1-2.
Sehubungan itu Tajuddin
mengharapkan pemain Perlis beraksi lebih cemerlang pada empat baki perlawanan
dalam kumpulan itu untuk memastikan Perlis mara ke peringkat seterusnya.
Beliau berkata, Perlis selepas
ini tidak boleh melakukan banyak kesilapan seperti yang ditunjukkan pada
perlawanan menentang Kelantan untuk menjamin kemenangan mereka.
``Saya percaya Perlis boleh
membuat kejutan pada baki perlawanan dalam kumpulan C,'' ujarnya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz4cF3DCIZM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan