ARKIB : 23/02/2001
JURULATIH Perlis, Tajudin Nor
belum menentukan gandingan utama daripada empat penyerang yang disenaraikan
dalam skuad Perlis bagi menghadapi saingan bola sepak Liga Perdana musim ini.
Empat penyerang berpengalaman
yang tersenarai itu ialah Che Zambil Ahmad, Hairil Zamri Rashid, S. Paidiya Rau
dan G. Shanmugam.
Dalam beberapa siri perlawanan
persahabatan termasuk kejohanan empat penjuru anjuran Persatuan Bola Sepak
Pulau Pinang baru-baru ini, gandingan yang ditunjukkan antara pemain berkenaan
agak kurang memberangsangkan.
Tajudin mengakui beliau terpaksa
mengambil sedikit masa untuk memilih pemain penyerang untuk mengelak kesilapan
ketika melakukan percaturan sehingga membawa kesan buruk terhadap pasukan itu.
``Saya masih terus cuba
menggandingkan antara pemain- pemain di barisan serangan itu sebelum membuat
pilihan terbaik,'' katanya selepas perlawanan persahabatan antara Perlis dan
Kedah Ansell di Stadium Utama Kangar, kelmarin.
Perlis menewaskan Kedah Ansell
3-0 menerusi jaringan S. Paidiya Rau pada minit ke-40, Badrul Afzan Razali (50)
dan Manzoor Azwira Abd. Wahid minit ke-54.
Bagaimanapun Tajudin yakin beliau
akan menemui gandingan penyerang terbaik yang bakal menggalas cabaran jentera
serangan Perlis musim ini.
Pada masa yang sama, kesemua
penyerang itu didapati gagal melakukan tindakan penyudah yang tepat walaupun
mendapat peluang terbuka.
``Kelemahan-kelemahan di bahagian
serangan itu akan segera diperbaiki menjelang saingan Liga Perdan Satu dan
Piala FA pada bulan depan,'' ujarnya.
Bagaimanapun beliau berpuas hati
dengan kesungguhan barisan penyerang meningkatkan prestasi dalam latihan dan
perlawanan persahabatan sebelum ini.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4bPQKSroh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan