Rabu, 5 April 2017

Roslee buat Perlis pening



ARKIB : 30/08/2003

KETIADAAN pemain tengah pasukan Perlis, Roslee Md. Derus sedikit sebanyak menjejaskan persiapan pasukan Singa Utara itu untuk menentang Sarawak dalam perlawanan bola sepak pusingan kedua Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Utama Kangar, malam ini, lapor SUFFIAN ABU BAKAR.

Roslee yang cedera pada kaki kanan akibat bertembung dengan pemain Sarawak dalam perlawanan di Stadium Kuching Rabu lalu, hampir pasti tidak dapat diturunkan dalam kesebelasan skuad utama bimbingan Norizan Bakar itu.

Pengurus pasukan Perlis, Adzmi Saad ketika dihubungi di Kangar semalam mengesahkan keadaan itu sambil menyifatkan ketiadaan Roslee memberi kesan kepada kekuatan bahagian sayap kiri Singa Utara.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu sebelum ini menunjukkan persembahan yang mantap apabila menjaringkan gol pertama sewaktu Perlis menewaskan Telekom Melaka 2-1 pada 20 Ogos lalu.

``Perlis mungkin akan menggunakan khidmat Rafiz Abu Bakar bagi mengisi kekosongan bahagian sayap kiri berikutan ketiadaan Roslee,'' katanya.

Kemampuan Rafiz turut meyakinkan skuad Perlis sejak kebelakangan ini termasuk keupayaannya menjaringkan satu gol ketika Perlis seri 2-2 menentang Sarawak di Kuching Rabu lalu.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0830&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz4dMXkNvl9
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan